Bengkel Bimbingan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan Penjaminan Kualiti 4P

Pada 17 Mei 2022 (Selasa), Unit Kurikulum SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu telah mengadakan satu bengkel bimbingan berkaitan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dan penjaminan kualiti 4P dalam kalangan guru. Seramai 59 orang guru sekolah ini telah mengikuti bengkel tersebut sebagai antara langkah penyegaran semula (Refresh) dalam kalangan guru.

            Penceramah jemputan bengkel ini ialah Tuan Al Fadzli bin Amir Bustan, Pegawai SISC+ Sains Sosial, PPD Kota Kinabalu, Puan Saripah Awang Besar, Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Kota Kinabalu dan seorang pegawai pelatih PPD Kota Kinabalu, Encik Mohd Ismula Ikhwan bin Kassim.

            Antara pengisian bengkel tersebut ialah penerangan tentang penjaminan kualiti 4P iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Aspek ini sangat penting dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah oleh guru-guru pada peringkat sekolah. Sebagai antara usaha menuju kepada TS25, guru-guru kini perlu memahirkan diri dalam merungkai DSKP agar pelaksanaan PBD yang dijalankan lebih berkesan dan berkualiti.

            Bengkel ini turut menyaksikan sesi soal jawab daripada guru-guru dan pemberian sijil serta kek sempena Hari Guru oleh pihak sekolah kepada penceramah. Di hujung acara, bengkel ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai untuk kenangan.

            Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

galeri