Pameran Minggu RBT dan STEM SK Pangkalan TLDM

4 Ogos 2022, seramai 5 orang murid dan 3 orang guru pembimbing SKC Anglo Chinese diberi peluang membuat pameran sempena Minggu RBT dan STEM di SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan seperti perkongsian projek MAKE X, 3D Printer dan Microbits secara hands-on. Terima kasih buat warga SK Pangkalan TLDM atas jemputan, kami berpeluang melihat keindahan di sekitar Pangkalan TLDM.

GALERI

Kejohanan Badminton MSSD Kota Kinabalu 12TKB Tahun 2022

Video Pertandingan Final Lelaki & Perempuan 12TKB

Pada 20 – 21 Jun 2022, telah berlangsungnya pertandingan Kejohanan Badminton Bawah 12 Tahun MSSD peringkat Daerah Kota Kinabalu. Pertandingan di anjurkan oleh SK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu dan diadakan di Dewan SK(C) Anglo Chinese Kota Kinabalu. 

Keputusan Rasmi : 

Kategori Lelaki 12 Tahun ke Bawah :

Johan : ARY JASWINE SIM (SJKC C HWA LIKAS)

Naib Johan : SHAUN HO YAW SENG (SRS DSF)

Ketiga : HORACE WONG HAO XUAN (SJKC ST JAMES) dan LEE XIU LE (SJKC LY LIKAS)

Kategori Perempuan 12 Tahun ke Bawah : 

Johan : CHUA JING XUAN (SKC ANGLO-CHINESE)

Naib Johan : SITI HANISAH BT ZUNAIDE (SK SEMBULAN)

Ketiga : ANIS ARINA BT AZMAN (SK T ARU II) dan CHRYSTIAN MAIA (SJKC C HWA LIKAS)

GALERI

Program Keterangkuman Malaysia Techlympics 2022

Pada 24 Mei 2022 (Selasa), SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu sangat bertuah kerana dipilih menjadi pusat aktiviti bagi Program Keterangkuman Malaysia Techlympics 2022 anjuran bersama MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri oleh wakil daripada MOSTI, pensyarah dan guru pelatih Kelab Robotik, IPG Kent Tuaran, guru besar SJK (C) Chung Hwa Likas bersama rombongan guru dan murid, barisan guru penolong kanan, ketua-ketua panitia, para guru serta murid-murid SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu.

            Antara objektif program tersebut diadakan adalah untuk melahirkan generasi penyelesai masalah dan tekno-usahawan masa hadapan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan aksi mereka menghasilkan inovasi yang lebih bermakna dan berimpak tinggi.

            Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah beberapa aktiviti ‘hands on’ sains seperti mencipta kapal terbang, membuat slime dan sebagainya. Paling menarik perhatian hadirin ialah melihat persembahan drone dan pertunjukan ‘Robot Kancil’ yang dibawa khas untuk program ini. Selain itu, para murid juga berpeluang mencipta kereta STEM dengan menggunakan kit-kit yang disediakan.

            Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para guru dan murid mendapat banyak pengetahuan, pengalaman teknologi dan inspirasi untuk berinovasi. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk melonjakkan lagi kemenjadian murid khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Galeri

Bengkel Bimbingan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dan Penjaminan Kualiti 4P

Pada 17 Mei 2022 (Selasa), Unit Kurikulum SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu telah mengadakan satu bengkel bimbingan berkaitan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dan penjaminan kualiti 4P dalam kalangan guru. Seramai 59 orang guru sekolah ini telah mengikuti bengkel tersebut sebagai antara langkah penyegaran semula (Refresh) dalam kalangan guru.

            Penceramah jemputan bengkel ini ialah Tuan Al Fadzli bin Amir Bustan, Pegawai SISC+ Sains Sosial, PPD Kota Kinabalu, Puan Saripah Awang Besar, Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Kota Kinabalu dan seorang pegawai pelatih PPD Kota Kinabalu, Encik Mohd Ismula Ikhwan bin Kassim.

            Antara pengisian bengkel tersebut ialah penerangan tentang penjaminan kualiti 4P iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Aspek ini sangat penting dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah oleh guru-guru pada peringkat sekolah. Sebagai antara usaha menuju kepada TS25, guru-guru kini perlu memahirkan diri dalam merungkai DSKP agar pelaksanaan PBD yang dijalankan lebih berkesan dan berkualiti.

            Bengkel ini turut menyaksikan sesi soal jawab daripada guru-guru dan pemberian sijil serta kek sempena Hari Guru oleh pihak sekolah kepada penceramah. Di hujung acara, bengkel ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai untuk kenangan.

            Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

galeri

Program Lawatan Perkongsian Pengalaman dan Kejayaan Dalam Bidang Robotik

Pada 13 Mei 2022 (Jumaat), SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu berbesar hati menerima pelawat dari IPG Kent Tuaran, Sabah dalam satu Program Lawatan Perkongsian Pengalaman dan Kejayaan Dalam Bidang Robotik Oleh Guru dan Pelajar. Seramai 35 orang guru pelatih Kelab Robotik telah menyertai lawatan tersebut dengan diketuai oleh Puan Loh Kee Sun, Pensyarah Akademik dan Pensyarah Penasihat Kelab Robotik IPG Kent Tuaran dan Encik Benny Kong Tze Loong, Pensyarah Akademik IPG Kent, Tuaran. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dr. Chiam Sun May, Ketua Unit Sains, Jabatan STEM IPG Kent Tuaran merangkap Pensyarah Cemerlang JUSA C bersama Tuan Jerry dan Puan Lily, Pegawai SISC+ TVET, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

            Antara aktiviti yang diadakan dalam lawatan tersebut ialah melawat ke MyDigital Maker Hub, SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu dan melihat sendiri kejayaan enam orang pelajar sekolah ini yang telah berjaya mencipta kejayaan dalam Pertandingan MakeX Robotic Malaysia 2021. Dalam sesi ini, para guru pelatih berpeluang bertemu bual dengan enam orang pelajar melalui lawatan ke Booth Projek secara Gallery Walk. Sebagai usaha mempraktikkan amalan Pembelajaran Abad ke-21, para guru pelatih turut diminta memberikan komen dan ucapan membina kepada enam orang pelajar terbabit menggunakan Parking Lot. Langkah ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan galakan kepada pelajar tersebut agar terus berinovasi dalam bidang robotik di samping melonjakkan lagi kemenjadian para pelajar.

            Program lawatan ini diakhiri dengan ucapan dan rumusan daripada Dr. Chiam Sun May dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderahati daripada pihak IPG Kent Tuaran kepada pihak sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

            Secara keseluruhannya, program lawatan ini berjaya mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Diharapkan, program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk meningkatkan kecemerlangan semua pihak khususnya dalam bidang robotik.

galeri