Johan dalam Pertandingan Animasi Kre8tif! @ Schools

Tahniah adik Rey Ng Kar Lit dan adik Rezz Ng Kar Shun telah memenangi Johan dalam pertandingan Animasi Kre8tif! @ Schools kategori sekolah rendah peringkat kebangsaan tahun 2023. Video Animasi mereka juga memenangi Animasi Terbaik dalam pertandingan ini!!! Majlis Anugerah Creativity@Schools diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur sempena Karnival Mydigitalmaker Fair 2023 pada 7 Oktober 2023.

Awards:
Student RM2000
Guru mentor RM1000
Animasi terbaik RM500

Pameran STEM Duta Mydigital Maker

24 Ogos 2022, rombongan mydigitalmaker SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu yang terdiri daripada 3 orang guru dan 6 orang Duta Penggerak Digital telah dijemput memeriahkan Karnival STEM di SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pameran seperti 3D Printer, Maker X projek dan hands on Microbits / Scratch turut dijalankan semasa pameran. Diharapkan semangat dan budaya pendigitalan dalam karnival STEM ini terus berkekalan.

GALERI

Bengkel Kemahiran Industry Pitching

Pada 27 dan 28 Ogos 2019, Cikgu Lawrence Ling dan Cikgu Kenneth Liew telah menghadiri Bengkel Kemahiran Industry Pitching yang dianjurkan oleh MDEC kepada 25 buah champion school@ #mydigitalmaker hub. Bengkel ini dijalankan di Shaftbury Putrajaya. Melalui Bengkel Kemahiran Industry Pitching , pihak MDEC berhasrat untuk meningkatkan kompetensi #mydmCS dengan kemahiran industry pitching untuk mengetengahkan bakat-bakat dan keunikan sekolah dalam bidang teknologi digital agar pihak industry berminat untuk memberi sokongan kepada setiap #mydmCS.

GALERI