版权所有(C) 2012-2013  沙巴亚庇中英学校
COPYRIGHT (C) 2012-2013   SK(C) ANGLO CHINESE, KOTA KINABALU.  ALL RIGHTS RESERVED.

                           Objektif Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

Memupuk nilai mesra alam sekitar semua warga sekolah dengan menggunakan
pendekatan empat komponen utama iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan
kurikulum.
Meningkatkan tahap kesedaran dan perubahan sikap  warga sekolah mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menggalakkan integrasi warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam
sekitar dengan berkesan.
Menggalakkan penjimatan guna sumber dan penggunaan 3R.
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan ceria bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh menarik penglibatan setiap warga
sekolah dalam program sekolah lestari.
Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah yang lebih selamat, bersih dan selesa
bagi merangsang proses pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang sihat dan
cemerlang.
Menggalakkan kerjasama diantara warga sekolah dengan masyarakat setempat
dalam aktiviti penjagaan alam sekitar.